Thursday, March 8, 2012

P1 Perkenalkan Jalur Lebar Optik Gentian Dgn Perkhidmatan 4G Akhir Mac

16 Rabiulakhir 1433

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), yang merancang membelanjakan RM750 juta hingga RM900 juta untuk Pelan Evolusi 2.0 P1 tiga tahunnya yang dilancarkan Khamis, akan memperkenalkan jalur lebar gentian optik dengan perkhidmatan wayarles akhir bulan ini.

P1 ialah satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan gabungan eksklusif untuk perkhidmatan premium di lokasi tetap dengan keselesaan jalur lebar wayarles 4G.

Dengan penggunaan rangkaian pemboleh evolusi jangka panjang menjelang pertengahan 2013, P1, anak syarikat Green Packet Bhd, akan mentransformasikan dirinya menjadi sebuah syarikat mudah alih untuk menawarkan lebih daripada hanya rumusan jalur lebar dan menjangkakan kembali mengaut keuntungan.

"Untuk tahun ini, perbelanjaan modal ialah RM250 juta," kata ketua pegawai eksekutif P1, Michael Lai, dalam taklimat media Khamis.

Pelan Evolusi 2.0 P1 akan menangani tiga bidang utama iaitu menawarkan yang terbaik untuk kedua-dua dunia, menerajui Evolusi Jangka Panjang 4G (TD LTE) dan merapatkan jurang perniagaan.



Sumber-BERNAMA