Saturday, April 2, 2011

Maxis Tawar Khidmat Kediaman Pertama

KUALA LUMPUR 31 Mac - Maxis Bhd. telah melancarkan perkhidmatan pelbagai jenis (multi-play), Perkhidmatan Kediaman Maxis pertama di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandip Das berkata, pelanggan Maxis yang berada di kawasan yang mempunyai rangkaian gentian optik di seluruh negara boleh menikmati perkhidmatan itu mulai suku ketiga tahun ini.

Perkhidmatan Kediaman Maxis adalah kepelbagaian perkhidmatan yang merangkumi akses kepada suara, Internet berkelajuan tinggi, perkhidmatan nilai tambahan serta kandungan.

Pelanggan boleh mengakses pelbagai aplikasi, video muzik, permainan dan sebagainya menerusi pelbagai saluran termasuklah telefon pintar, komputer riba, tablet dan televisyen di mana-mana sahaja.

" Pelanggan kini semakin bijak berbelanja walaupun pada masa yang sama mahu menjalani gaya hidup moden yang menggunakan gajet-gajet yang lebih moden, " katanya selepas majlis pelancaran Perkhidmatan Kediaman Maxis di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Menurut Sandip, untuk fasa pertama, Perkhidmatan Kediaman Maxis menawarkan pelbagai akses yang dipakejkan bersama tiga pelan Internet berkelajuan tinggi yang berbeza.

Tiga pelan tersebut bermula dari harga RM128 sebulan untuk pakej standard, RM158 untuk pakej nilai dan RM218 untuk pakej termaju.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm

No comments:

Post a Comment