Monday, June 7, 2010

TM perluas pakej jalur lebar ke Johor

2010/06/07

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) memperluaskan tawaran ‘Pakej Jalur Lebar TM dengan Komputer 1Malaysia’ yang menawarkan pakej netbook dan jalur lebar kadar murah bagi isi rumah berpendapatan rendah kepada komuniti di Johor.

Tawaran pakej khusus untuk keluarga berpendapatan rendah dengan gabungan netbook dan akses jalur lebar daripada hanya RM38 sebulan bagi tempoh 24 bulan, itu dilancarkan di Pusat Internet Desa di Pagoh, Muar, Johor, semalam. Pelancaran disempurnakan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli dan Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie. Hadir sama, Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.

Pada majlis itu, 20 pelanggan daripada kalangan penduduk sekitar Pagoh menerima netbook masing-masing daripada Halim.

Halim berkata, pakej jalur lebar dan netbook baru dengar kadar mampu dimiliki itu disasarkan untuk meningkat kadar penembusan jalur lebar dan komputer di kalangan rakyat.

Katanya, ia selari dengan agenda nasional meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara ke 50 peratus daripada isi rumah menjelang akhir tahun ini.

“Dengan pilihan gabungan yang mampu dimiliki, TM menjadikan jalur lebar mampu digunakan lebih banyak isi rumah di Malaysia.

“Menerusi pendekatan ini, komuniti pedalaman dan terpencil boleh menggunakan jalur lebar bagi mendapatkan maklumat dan mengakses perkhidmatan di hujung jari mereka,” katanya.

http://www.bharian.com.my/articles/TMperluaspakejjalurlebarkeJohor/Article/

No comments:

Post a Comment