23 Safar 1433
KUALA LUMPUR, 17 Jan 2012- MNC Wireless Bhd, melalui syarikat sekutunya, IntJoors Sverige AB, telah melancarkan "Joors", perkhidmatan internet mudah alih berkelajuan tinggi percuma pertama di dunia di Sweden.
Dalam satu kenyataan, pakar mudah alih dan internet media berpangkalan di Malaysia itu berkata ia mereka bentuk dan membangunkan platform yang membolehkan dan segi teknikal bagi perkhidmatan yang baharu dan yang menerujakan itu manakala rangkaian jalur lebar mudah alih disediakan oleh TeliaSonera Mobile Networks AB di Sweden berasaskan jualan borong.
"Kami sangat teruja menjadi syarikat pertama di dunia menawarkan satu perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang disokong iklan di dunia di salah satu pasaran telekomunikasi paling maju," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chung Jaan Hao.
Katanya Joors adalah unik kerana ia mewujudkan satu platform sangat berkesan bagi menyasarkan iklan digital dan interaksi sambil menyediakan para pengguna dengan komoditi sangat bernilai, iaitu akses internet mudah alih.
Joors menawarkan satu-satunya perkhidmatan sepertinya di dalam pasaran yang mengenepikan fi bulanan atau tempoh langganan kontrak yang lama.
Para pengguna hanya perlu membayar satu fi permulaan sekali sahaja bagi pendaftaran untuk mendapatkan akses internet percuma, bagi penggunaan biasa, bagi setiap 30 hari, pada kelajuan sehingga 10Mbps.
Sumber- BERNAMA
No comments:
Post a Comment