Thursday, May 27, 2010

Apple rampas takhta Microsoft peneraju syarikat teknologi AS

2010/05/27

NEW YORK: Pembangun produk komputer Macintosh, Apple, merampas takhta syarikat teknologi terbesar Amerika Syarikat (AS) dari segi nilai pasarannya daripada gergasi pembangun perisian, Microsoft.


Saham Microsoft merosot 4.07 peratus hari ini, ditutup pada AS$25.01 sehingga menyebabkan penurunan permodalan pasarannya; iaitu jumlah saham tidak berbayar didarabkan dengan harga saham, kepada AS$219.18 bilion. Saham Apple jatuh 0.45 peratus, ditutup AS$244.05, memberikan nilai pasaran kepada AS$222.07 bilion. Satu-satunya syarikat yang memiliki modal pasaran lebih besar berbanding Apple adalah Exxonmobil iaitu pada AS$278.64 bilion.


Saham Apple meningkat dengan stabil beberapa tahun ini, dan sebagai ketua eksekutifnya, Steve Jobs, yang kembali ke Apple pada 1997, menjadi perintis kepada kemunculan produk yang digemari ramai, bermula dengan kemunculan iPod pada 2001, diikuti iPhone pada 2007 dan iPad tahun ini. - AFP

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ApplerampastakhtaMicrosoftpenerajusyarikatteknologiAS/Article

No comments:

Post a Comment